Isyarat Pitchfork Andrew
Sesi Empat puluh tujuh Latihan Forex
Selamat kembali ke latihan profesional Forex dalam pasaran kewangan. Dalam sesi ini isyarat Pitchfork Andrew akan dikaji secara terperinci.
Model isyarat pertama
Dalam format Bullish, selepas harga telah mencapai pivot ketiga, ia akan meningkat sehingga garisan pivot pertama. Kemudian harga akan berkurangan sehingga garisan pivot ketiga. Satu pesanan Jual boleh dibuat atas titik pelarian ini dengan TP bersamaan dengan harga pivot ketiga. SL boleh berada di atas titik pelarian sehingga puncak terakhir yang menyentuk garisan pivot pertama. Satu contoh pada aliran menaik menunjukkan bahawa harga telah mencapai isyarat-isyarat model ini, maka harga bertemu harga pivot ketiga.
Dalam format Bearish, selepas harga telah mencapai pivot ketiga, ia akan berkurangan sehingga garisan pivot pertama. Kemudian harga akan meningkat sehingga garisan pivot ketiga. Satu pesanan Beli boleh dibuat atas titik pelarian ini dengan TP bersamaan harga pivot ketiga. SL boleh berada di atas titik pelarian sehingga puncak terakhir yang menyentuh garisan pivot pertama.
Model isyarat kedua
Dalam format Bullish, selepas harga telah mencapai pivot ketiga, ia akan meningkat sehingga garisan pivot pertama. Kemudian harga berkurangan ke arah garisan pivot ketiga sekali lagi, tetapi sebelum menyentuh garisan ini ia akan berubah arahnya. Satu pesanan Beli akan dibuat di atas titik rintangan ini dengan TP bersamaan dengan harga pivot pertama. SL boleh lebih rendah daripada garisan pivot ketiga.
Dalam format Bearish, selepas harga telah mencapai pivot ketiga, ia akan berkurangan sehingga garisan pivot pertama. Kemudian harga meningkat ke arah garisan pivot ketiga sekali lagi, tetapi sebelum ia menyentuh garisan ini ia akan berubah arahnya. Satu pesanan Jual boleh dibuatdi atas titik rintangan ini dengan TP bersamaan dengan harga pivot pertama. SL boleh lebih tinggi daripada garisan pivot ketiga.
Sejenis Bullish boleh dilukis pada MT4. Selepas harga telah kembali dari garisan pivot pertama, ia tidak melintasi atau menyentuh garisan pivot ketiga. Oleh itu, satu pesanan Beli boleh dibuat pada lembah terakhir dengan harga TP bersamaan dengan harga terkini garisan lintang pivot pertama.
Model isyarat ketiga
Dalam format Bullish, selepas harga telah mencapai pivot ketiga, ia akan meningkat tetapi ia tidak akan melintas atau menyentuh garisan pivot pertama, jadi ia akan berubah arahnya ke arah bawah sekali lagi. Selepas harga melintasi garisan Trigger, peniaga boleh membuat pesanan Jual dengan harga TP bersamaan dengan harga pivot pertama. Harga SL adalah di antara titik pelarian dan puncak terakhir.
Dalam format Bearish, selepas harga telah mencapai pivot ketiga, ia akan berkurangan tetapi ia tidak akan melintas atau menyentuh garisan pivot pertama, jadi ia akan berubah arahnya ke arah atas sekali lagi. Selepas harga melintasi garisan Trigger, peniaga boleh membuat pesanan Beli dengan harga TP bersamaan dengan harga pivot pertama. Harga SL adalah di antara titik pelarian dan lembah terakhir.
Pada simbol USDJPY, harga telah membentuk jenis Pitchfork Andrew ini. Harga tidak menyentuh garisan pivot pertama selepas ia telah melalui pivot ketiga, dengan itu, seorang peniaga boleh membuat pesanan Beli selepas garisan Trigger telah dilintasi. Harga TP telah dicapai dalam corak ini jika satu pesanan Beli telah dibuat.
Peniaga harus mengamal beberapa kali untuk meningkatkan keupayaannya untuk mengesan corak yang sah dan betul.
Dengan itu mengakhiri sesi kini, sehingga masa akan datang dan sesi lain, jaga diri.
Comments