Bonuses and Promotions plus Competitions - Terms and Conditions

Bonus dan Promosi dan Pertandingan

0 0 Vote
Instructor

Bonus dan Promosi dan Pertandingan

Sesi Kelimabelas Latihan Forex

Selamat kembali ke latihan profesional Forex dalam pasaran kewangan. Dalam sesi ini kami akan membincangkan tentang Bonus-bonus dan Promosi-promosi serta Pertandingan-pertandingan atau peraduan-peraduan.

Broker-broker menawarkan bonus, promosi, urus janji dan pertandingan atau peraduan kepada peniaga-peniaga mereka demi membolehkan mereka lebih mengenali broker mereka.

Ini berbeza daripada broker kepada broker dan tidak berlaku sepanjang masa.

Sebab Bonus

Tujuan ini adalah untuk peniaga amatur mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai pasaran kewangan dan menjadi lebih biasa dengan akaun sebenar dan transaksi. Ia juga adalah satu cara yang baik untuk memulakan perniagaan mereka.

Secara umum, ia juga adalah satu cara yang baik untuk menguji broker baru dan membandingkan mereka dengan yang lain. Kebanyakan peniaga mengunakan tawaran yang berbeza untuk menguji broker baru, prestasi dan polisi-polis mereka.

Sekarang kita akan melihat perkara ini dengan lebih teliti dan member penekanan semua jenis yang berbeza.

Bonuses and Promotions plus Competitions - Low Deposit Limit - Minimum Trade Withdrawal Rule

Deposit rendah dengan jumlah rendah

Ia adalah di antara 50 hingga 100 dolar sebagai bonus untuk depositnya. Bonus tersebut tidak boleh dikeluarkan daripada akaun peniaga, tetapi keuntungan yang diperolehi oleh seorang pihak dengan menggunakan bonus ini boleh dikeluarkan.

Bonus deposit dengan jumlah yang tinggi

Contohnya, seorang broker memberikan 1000 dolar kepada seorang pihak sebagai bonus dan sekali lagi ini tidak boleh dikeluarkan daripada akaun oleh pihak tersebut, tetapi keuntungan yang mereka perolehi dengan menggunakan bonus ini terdapat untuk pengeluaran. Perbezaan di antara jenis ini dan yang pertama adalah bahawa adanya keuntungan untuk mereka di bawah keadaan tertentu. Mereka mesti mendapat keuntungan atau mereka mesti membuat perniagaan khas atau gabungan kedua-duanya. Contohnya, jumlah yang paling rendah yang boleh dikeluarkan daripada akaun adalah 6000 dolar dan kadar yang paling rendah untuk berniaga adalah 50 lot jadi satu pihak mesti berjaya mencapai objektif-objektif ini atau satu gabungan mereka.

Bonuses and Promotions plus Competitions - The Percentage of Deposited Bonus Amount

Peratusan jumlah bonus yang didepositkan

Ini hanya berlaku untuk pihak-pihak dengan akaun sebenar dan ia berfungsi berdasarkan jumlah yang didepositkan oleh satu pihak ke dalam akaunnya. Jikalau seorang peniaga ingin menerima jenis bonus ini terdapat peraturan tertentu yang mereka mesti ikuti. Contohnya, jika anda ingin menerima bonus ini, jumlah deposit terendah adalah $200.

Sebagai contoh, terdapat seorang broker yang terkenal yang memberikan 30% bonus, dan jika anda mendepositkan $1000 ke dalam akaun anda baki anda akan menjadi1300 dolar kerana promosi itu. Mereka juga akan menguatkuasakan klausa-klausa lain, kerana terdapat jumlah minimum, terdapat juga jumlah maksimum, misalnya sehingga $5000. Oleh itu, jika anda mendepositkan lebih daripada $5000 anda tidak akan menerima bonus itu.

Bonus dengan margin

Sebahagian bonus ini termasuk margin jadi jumlah kerugian boleh mencapai sehingga jumlah yang telah didepositkan campur bonus. Sebagai contoh, bayangkan satu pihak mendepositkan 1000 USD. Memandangkan jumlah bonus, baki akaunnya akan menjadi 1300 USD. Jikalau dia mengalami kerugian $1200, semua modal yang didepositkannya ($1000) dan $200 bonus akan hilang.

Bonuses and Promotions plus Competitions - Minimum Deposit Limit - Margin Call with Bonus

Terdapat beberapa jenis bonus di mana tidak termasuk margin. Ini bermakna bahawa jika akaun anda mengalami kerugian pada masa itu, anda hanya mengambil risiko sehingga jumlah yang anda depositkan dan tidak termasuk bonus. Jika anda kehilangan deposit anda maka broker akan mengeluarkan bonus, yang dikenali sebagai ?Pengeluaran Bonus? (?Bonus Out?) dalam pasaran kewangan. Sebagai contoh, jika anda mendepositkan 1000 dolar dan menerima 300 dolar sebagai bonus, akaun anda akan menjadi 1300 dolar. Jika anda kerugian 1000 dolar awal anda maka broker juga akan mengeluarkan bonus 300 dan anda akan menerima panggilan margin.

Notis:

Satu perkara penting yang anda perlu ketahui ialah broker boleh mengambil bonus yang diberikan daripada akaun anda pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan atau penjelasan kerana kontrak yang ditandatangani oleh anda pada permulaan semasa anda membuka akaun dengan broker.

Penyalahgunaan Bonus

Ia digunakan untuk menghalang pihak-pihak menipu menggunakan bonus. Ia boleh digambarkan sebagai apabila seorang pihak membuka dua akaun di bawah dua nama yang berlainan dengan seorang broker, atau dua pihak membuka akaun dengan satu broker atau ia juga boleh menjadi dua pihak yang membuka akaun dengan dua broker berlainan dengan tawaran bonus.

Sebagai contoh, broker pertama adalah FIBO, mereka menawarkan 50% bonus dan yang satu lagi adalah IronFX yang juga menawarkan 50% bonus. Untuk pemahaman yang lebih baik saya akan berikan anda satu contoh di sini.

Bayangkan kita mempunyai dua pihak dan mereka bercadang untuk membuka akaun masing-masing. Akaun pertama adalah didepositkan dengan 10,000 dolar dengan 50% bonus, dengan itu jumlah baki adalah 15,000 dolar. Keadaan yang sama dengan akaun kedua juga.

Bonuses and Promotions plus Competitions - Bonus Abuse - Opposite Trades and Orders - Pip and Volume Traded Lot

Sekarang apa yang pihak-pihak ini lakukan adalah mereka mula berdagang pada satu simbol, pada masa yang sama dengan arah bertentangan, misalnya mereka memilih EURUSD, dalam akaun pertama peniaga menjual 15 lot manakala peniaga kedua membeli 15 lot.

Spekulasi tentang arah yang betul adalah tidak penting sama sekali. Jadi selepas 100 pip, salah satu akaun adalah sifar dan yang satu lagi adalah $30,000. Sekarang Jika anda membuat beberapa pengiraan, ia adalah sangat mudah untuk melihat bahawa mereka telah menipu dengan mudah. Jumlah kedua-dua dana yang didepositkan adalah 20,000 USD. Sekarang mereka mempunyai 30,000 dolar, jumlah deposit 20,000 USD dan keuntungan mereka adalah 10,000 dolar. Jadi, pada bila-bila masa seorang broker berasa bahawa suatu pihak atau beberapa pihak sedang menipu dengan menggunakan bonus mereka boleh dengan mudah mengeluarkan bonus daripada akaun.

Bonus Kredit

Akaun anda akan dikreditkan dengan bonus dan anda boleh menggunakannya untuk melakukan perniagaan anda. Terdapat syarat-syarat yang tertentu di sini yang anda perlu member perhatian kepada.

Bonus akan disediakan untuk anda selepas beberapa transaksi tertentu. Contohnya, jika bonus anda dibahagikan kepada 5 bahagian dan untuk setiap 10 atau 20 lot yang anda berniaga salah satu daripada bahagian ini akan dilepaskan dan sedia ada untuk anda.

Untuk apa-apa jumlah yang anda niaga anda akan menerima bonus untuknya dan ia boleh berlaku daripada 1 lot kepada apa-apa jumlah.

Bonuses and Promotions plus Competitions - Credit with Rules and Terms - Take Profit and Withdraw Capital

Terdapat juga satu bonus dengan syarat-syarat tertentu menggunakan pip, masa perniagaan dan simbol. Contohnya, polisi seorang broker menyatakan bahawa satu perniagaan mesti berlangsung lebih daripada 5 minit dan transaksi mesti melebihi 5 pip. Ia juga boleh berdasarkan simbol, misalnya polisi seorang broker adalah bahawa bonus akan hanya sedia ada untuk perniagaan atas minyak atau matawang tertentu seperti EURUSD.

Pertandingan dan peraduan

Pertandingan dan peraduan ini dilakukan dalam dua cara:

Dalam akaun demo, broker mendepositkan bonus ke dalam akaun peniaga, dan biasanya mendaftar untuk bonus ini bermula 30 hari sebelum pertandingan bermula, memberikan orang ramai cukup masa untuk mendaftarkan diri. Peraduan itu sendiri mengambil 15 hingga 30 hari untuk selesai dan pada akhirnya terdapat satu hadiah untuk peniaga yang teratas.

Dalam pertandingan ini, seseorang broker biasanya akan menetapkan beberapa peraturan seperti: perniagaan mestilah dilakukan oleh seorang peniaga, atau menggunakan sebarang expert yang dibenarkan. Bagi yang lain, semua perniagaan mesti dilakukan oleh peniaga-peniaga sendiri dan menggunakan expert adalah diharamkan. Jadi adalah penting untuk membaca terma-terma dan syarat-syarat sebelum anda menyertai suatu pertandingan.

Bonuses and Promotions plus Competitions - Real Accounts - Minimum Deposit and Trading Volume Lot

Pertandingan untuk akaun sebenar

Seorang peniaga mendepositkan jumlah tertentu untuk menyertai peraduan itu dan oleh kerana ia adalah wang sendirinya, pertandingan itu lebih bermaksud. Juga terma-terma dan syarat-syarat adalah lebih logik dan boleh diterima dan hadiah untuk peniaga teratas adalah lebih menarik.

Untuk membolehkan anda mengemaskini diri dan mengetahui lebih mengenai promosi-promosi, bonus-bonus dan pertandingan-pertandingan, anda cuma perlu menghantar satu emel kepada [email protected]atau melayari laman web kami dan mengakseskan bahagian Berita dan kami akan memberitahu anda pada masa akan datang.

Dengan itu mengakhiri sesi ini, sehingga masa akan datang dan sesi lain, jaga diri.

Comments

Copyright © 2011-2020 PFOREX.COM | Professional Forex School | Cashback and Rebates