Perbezaan dan penumpuan
Sesi Empat puluh dua Latihan Forex
Selamat kembali ke latihan profesional Forex dalam pasaran kewangan. Dalam sesi ini, Perbezaan dan Penumpuan akan dikaji dengan teliti.
Perbezaan dan Penumpuan
Apabila jumlah transaksi tidak menyokong suatu arah trend yang diberi walaupun kemajuan selanjut, maka Perbezaan dan Penumpuan akan berlaku. Sebagai contohnya, Harga telah meningkat ke suatu tahap tertentu dengan arah menaik selanjut, walaubagaimanapun, kebanyakan peniaga tidak mempunyai kecenderungan untuk membuat pesanan Beli lagi dan sesetengah merema telah menutup pesanan mereka. Dalam keadaan Perbezaan dan Penumpuan, trend meneruskan arah semasanya dengan sedikit pesanan daripada peniaga-peniaga.
Perbezaan
Dalam keadaan Perbezaan, harga pasaran terus meningkatkan arahnya dan puncak baru adalah lebih tinggi daripada puncak awal dengan trend menaik, walaubagaimanapun, trend oskilator sedang menurun dan gelombang dan puncak baru adalah lebih rendah daripada gelombang awal. Ini menunjukkan bahawa peniaga tidak menyokong peningkatan lanjut, malahan harga pasaran semakin meningkat. Perbezaan tidak menunjukkan apa-apa pesanan Jual tetapi ia tidak menggalakkan peniaga daripada membuat pesanan Beli. Ia adalah disyorkan bahawa peniaga menutup pesanan Beli mereka.
Penumpuan atau perbezaan negatif
Dalam keadaan Penumpuan, harga pasar meneruskan dengan arah menurunnya dan lembah baru adalah lebih rendah daripada lembah awal dengan trend menurun, walaubagaimanapun, trend oskilator sedang meningkat dan gelombang dan lembah baru adalah lebih tinggi daripada lembah awal. Ini menunjukkan bahawa peniaga tidak menyokong kejatuhan lanjut, malahan harga pasaran semakin menurun. Penumpuan tidak menunjukkan apa-apa pesanan Beli tetapi ia tidak meggalakkan peniaga daripada membuat pesanan Jual. Adalah disyorkan bahawa peniaga menutup pesanan Jual mereka.
Perbezaan adalah dibentuk pada puncak manakala penumpuan adalah dibentuk pada lembah. RSI, MACD dan AO merupakan oskilator yang paling efektif dan popular yang boleh mengesan Penumpuan dan Perbezaan dengan ketara. Peniaga mesti mempertimbangkan bahawa selalunya Perbezaan dan Penumpuan adalah tidak sah dan tidak menunjukkan arah trend yang betul disebabkan oleh hakikat bahawa mereka mempunyai arah bertentangan dengan trend pasaran.
Pada platform MT4, MACD dimasukkan ke dalam carta. Pada trend pasaran menaik dengan puncak yang lebih tinggi, MACD menunjukkan trend menurun di mana puncak yang baru lebih rendah daripada puncak awal. Keadaan ini menunjukkan bahawa peniaga tidak menyokong peningkatan lanjut harga pasaran. Semakan lanjut pada kedua-dua puncak yang pertama menunjukkan kepada kita bahawa trend tersebut meneruskan arah menaiknya, walaupun MACD menunjukkan Perbezaan yang kuat dalam kawasan ini. Terdapat satu lagi contoh yang harga pasaran mempunyai trend menaik dan trend MACD menurun. Dalam contoh ini, peniaga tidak sepatutnya membuat apa-apa pesanan Beli disebabkan trend pasaran menurun. Satu contoh Penumpuan pada aliran menurun pasaran menunjukkan bahawa pesanan Jual bukan perniagaan yang sesuai di kawasan ini. Harga pasaran menurun manakala trend MACD mempunyai arah menaik. Peniaga juga boleh menggunakan RSI untuk mengesan Perbezaan dan Penumpuan pada trend pasaran. Pada aliran menurun trend pasaran, RSI mempunyai trend menaik. Penumpuan boleh dikesan dengan menyambung lembah daripada kedua-dua trend melalui Trendline. Satu lagi Penumpuan telah dibentuk pada satu lagi tempoh masa. Walaupun trend pasaran menurun, trend RSI meningkat jadi ia adalah tempat yang tidak menguntungkan untuk membuat pesanan Jual. Satu Perbezaan telah dibentuk pada gelombang yang seterusnya di mana trend pasaran mempunyai arah menaik dan trend RSI menurun. MACD adalah lebih mudah untuk mengesan Perbezaan dan Penumpuan daripada RSI.
Peniaga mesti mempertimbangkan beberapa kenyataan jika dia ingin membuat pesanan dengan menggunakan Perbezaan atau Penumpuan;
- Beberapa corak pembalikan, seperti Head dan Shoulders, Double Top dan Bottom, Triple Top dan Bottom atau Wedge, boleh mengesahkan Penumpuan atau Perbezaan untuk membuat pesanan yang berjaya.
- Overbought dan Oversold boleh mengesahkan pesanan yang dipilih yang diperolehi daripada Penumpuan atau Perbezaan.
- Perbezaan dan Penumpuan mengesahkan bahawa peniaga mesti menutup pesanan yang mempunyai arah bersetuju dengan trend pasaran.
- Jika terdapat swing pembalikan yang pendek pada trend yang panjang, Penumpuan dan Perbezaan boleh dieksploitasi untuk mengesan titik untuk membuat pesanan dengan arah bersetuju dengan trend panjang.
- Lilin bertentangan boleh mengesahkan isyarat Penumpuan atau Perbezaan.
- Corak Fibonacci boleh dieksploitasi untuk memperolehi pengesahan isyarat Penumpuan atau Perbezaan.
- Garisan menyokong dan rintangan boleh dieksploitasi untuk mendapatkan pengesahan isyarat Penumpuan atau Perbezaan.
Dengan itu mengakhiri sesi kini, sehingga masa akan datang dan sesi lain, jaga diri.
Comments