Introduction to Fibonacci Retracement and Expansion - Forex

28.Memperkenalkan Fibonacci Retracement dan Expansion

0 0 Vote
Instructor

28.Memperkenalkan Fibonacci Retracement dan Expansion

Sesi Kedua puluh lapan Latihan Forex

Selamat kembali ke latihan professional Forex dalam pasaran kewangan. Pengenalan kepada Fibonacci Retracement dan Expansion, peraturan-peraturan dan maklumat-maklumat Fibonacci akan dibincangkan pada sesi ini.

Teori Fibonacci

Leonardo Pisano Bigollo, juga dikenali sebagai Leonardo Fibonacci, seorang ahli matematik Itali, mencadangkan teorinya pada formula kadar pertumbuhan penduduk. Turutan nombor yang dikira dengan formula Fibonacci berasal daripada semua susunan semula jadi, seperti jarak di antara bintang ataupun kedudukan organ-organ manusia. Nombor-nombor tersebut adalah dikira dengan menambah dua nombor terakhir seperti berikut:

Introduction to Fibonacci Retracement and Expansion - Theory and Natural Order in Universe of Fibonacci

1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55?

Hasil daripada satu nombor Fibonacci yang diberikan dibahagikan dengan satu lagi nombor Fibonacci adalah digunakan dalam pasaran kewangan secara ketara. Turutannya adalah:

0 - 23.6% - 38.2% - 50% - 61.8% - 76.4% - 88.6% - 1 ? 1.27 - ???

Angka-angka di antara 0 dan 1 boleh diwakili dalam peratusan yang membentukkan tahap-tahap sokongan, manakala angka-angka melebihi 1 mewujudkan tahap-tahap rintangan. Tahap-tahap sokongan adalah digunakan dalam Retracement Fibonacci, manakala tahap-tahap rintangan adalah digunakan dalam Expansion Fibonacci.

Fibonacci Retracement

Fibonacci Retracement boleh dilukis di antara dua swing, yang menunjukkan tahap-tahap sokongan yang berkemungkinan. Kesan setiap tahap mungkin boleh digunakan melainkan jika ia terlintas oleh harga pasaran. Jika harga mencapai tahap yang lebih tinggi, trend mempunyai kecenderungan untuk menukar arah. Memandangkan Fibonacci dilukis di antara dua titik terbalik, tahap-tahap adalah sokongan apabila seorang peniaga menyedari keseluruhan arah trend; sebaliknya, jika seorang peniaga menentukan arah trend selepas ia mencecah tahap 0, tahap Fibonacci akan bertindak sebagai rintangan.

Introduction to Fibonacci Retracement and Expansion - Swings with Levels Support and Resistance

Contoh-contoh pada MT4 boleh dikaji semula untuk pemahaman yang lanjut. Peniaga boleh mencari butang-butang Fibonacci dalam toolbar. Jika mereka tidak ditunjukkan pada toolbar, seorang peniaga boleh klik kanan pada toolbar, melalui pilihan Customize pada menu seorang peniaga boleh memasukkan mana-mana pilihan daripada senarai Tersedia ke senarai Terpilih. Satu swing boleh dipilih dengan melukis padanya Fibonacci Retracement. Titik swingdan rendah adalah bersambung. Selepas menempatkan Fibonacci, seorang peniaga boleh klik kanan pada garisan merah untuk membuka tetingkap properties. Tahap 76.4% boleh ditambahkan pada tab Tahap Fibo, seorang peniaga mesti memasukkan 0.764 dalam medan Tahap, dan juga dalam medan deskripsi seorang peniaga boleh memasukkan 76.4. Trend utama adalah menaik jadi peniaga boleh mempertimbangkan kesan Fibonacci pada arah selepas ia mencecah tahap 0. Harga telah mencapai 23.6 garisan sokongan yang mana mempunyai kesan yang sedikit pada trend, manakala Tahap 38.2 dan 50 tidak mempunyai kesan yang ketara. Arah telah berubah menaik apabila harga mencapai 61.8. Beberapa tahap Fibonacci adalah tidak penting, maka tahap mempunyai kesan kemungkinan pada trend. Pada 61.8 terdapat satu lagi tahap jadi ia sepatutnya harga akan mengubah arahnya ke atas. Contoh lain boleh dilukis pada swing yang lain. Pada trend menurun, Fibonacci Retracement boleh diletakkan pada harga di mana arah trend telah bertukar pada 23.6, 50, 76.4 dan 88.6 manakala 38.2 dan 61.8 tidak mempunyai apa-apa kesan pada pergerakan harga. Semakin lama swing dipilih, Fibonacci mungin mempunyai kesan yang lebih kuat ke atas trend harga. Memandangkan tahap mungkin akan berkesan melainkan jika ia terlintas oleh harga pasaran, 23.6 adalah tidak berkesan lagi selepas ia telah dilalui oleh harga sama seperti tahap 50. Peniaga boleh membahagikan Fibonacci kepada 4 bahagian utama, bahagian pertama daripada 0 sehingga 38.2, bahagian kedua daripada 38.2 sehingga 61.8, bahagian ketiga daripada 61.8 sehingga 88.6, dan yang terakhir adalah daripada 88.6 sehingga 100. Apabila harga turun naik pada bahagian pertama, arah yang dipersetujui akan berkemungkinan tinggi jika harga pasaran melalui tahap 0. Trend berkuasa terhadap arah yang dipersetujui menurun apabila harga pasaran mencapai kawasan Fibonacci yang lebih tinggi. Jika harga mencapai bahagaian kedua, ia meneruskan trend sebelumnya ke arah 0; selepas melintasi tahap 0, kemungkinan arah yang dipersetujui adalah biasa. Jika harga menemui bahagian ketiga dan keempat, maka arah yang dipersetujui ke arah tahap 0 adalah tidak diandaikan.

Introduction to Fibonacci Retracement and Expansion - Forex Market Price over Levels

Introduction to Fibonacci Retracement and Expansion - Levels between Start and Stop Points

Jika harga pasaran melalui tahap 0, maka peniaga mesti mengemaskini titik 0 Fibonacci. Contohnya, seorang peniaga akan meletakkan tahap 0 pada hujung satu swing, yang ditukar ke satu titik yang lebih rendah selepas harga pasaran bergerak ke tahap yang baru dan sekali lagi ia boleh dikemaskini kepada kadar baru. Pada tahap 0 terakhir, Fibonacci menunjukkan tahap-tahap yang ketara pada 38.2, 50 dan 61.8.

Fibonacci Expansions

Fibonacci Expansionsmenunjukkan kemungkinan rintangan terhadap trend pasaran semasa. Ia akan menjadi berguna di samping beberapa corak-corak seperti Flag atau Head and Shoulder. Kadartahap boleh ditakrifkan atas dasar strategi-strategi yang dipilih oleh peniaga.

Pada MT4, peniaga boleh melukis Fibonacci Expansions pada aliran menaik, yang mempunyai titik tengah dan akhir. Melalui menu klik kanan, properties Expansion, tahap Fibo boleh diubahsuai oleh seorang peniaga. Tahap dalaman dan luaran boleh diakses dalam tab ini, jadi peniaga boleh mengubahsuai atau menambah satu lagi tahap di mana kadar tahap akan dianggap lebih tinggi daripada 1. Titik akhir boleh diubah oleh peniaga dengan mudah. Jika panjang garis merah daripada titik permulaan ke tengah dianggap sebagai 100%, maka 61.8 bermakna tahap adalah 61.8% panjang swing yang adalah lebih tinggi daripada titik tengah Fibonacci. Jurang di antara titik tengah dan tahap 100 bersamaan dengan panjangnya swing. Ia boleh disemak dengan mudah dalam MT4 dengan meletakkan Fibonacci yang sama ke atas corak sebelumnya.

Introduction to Fibonacci Retracement and Expansion - Adding New Levels to Customize Fibonacci

Peniaga boleh menggunakan Fibonacci Retrecement pada trend, dan memasuki beberapa tahap untuk menunjukkan Fibonacci Expansions. Melalui menu klik Kanan, dalam tahap Fibo di properties Fibo, seorang peniaga boleh menambah tahap baru; - 0.5 dalam medan Tahap dan h/2 dalam medan Deskripsi, -1 dalam medan Tahap dan h dalam medan Deskripsi. Tahap-tahap h/2 dan h menambah ciri-ciri Fibonacci Expansions kepada Fibonacci Retracement yang diberikan untuk mempertimbangkan harga dan harga sasaran TP masa depan.

Terdapat beberapa jenis Fibonacci dalam PForex.com peniaga-peniaga boleh mengkaji untuk kemudahan masa depan, tetapi jenis yang paling meluas adalah Retracement dan Expansions .

Dengan itu mengakhiri sesi kini, sehingga masa akan datang dan sesi lain, jaga diri.

Comments

Copyright © 2011-2020 PFOREX.COM | Professional Forex School | Cashback and Rebates