MetaTrader Tutorial - Educational Manual of installing MT4 SRV

Tutorial Metatrader

10 1 Vote
Instructor

Tutorial Metatrader

Sesi Kelapanbelas Latihan Forex

Selamat kembali ke latihan profesional Forex dalam pasaran kewangan.

Dalam sesi ini, kita akan berbincang mengenai memasangkan MetaTrader, perbezaan antara MetaTrader 4 dan 5, memasangkan lebih daripada satu MetaTrader untuk satu broker dan menggunakan satu platform untuk beberapa broker.

Memasang MetaTrader

Selepas anda memuat turun MetaTrader daripada laman web seorang broker, anda harus dapat memasangkannya pada peranti anda menggunakan arahan kami. Jika anda ingin memasangkan platform kedua, hanya ikut arahan yang sama tetapi tukar nama fail. Kami akan memberi anda arhan selanjutnya, yang harus menjadikannya lebih mudah untuk anda melakukannya.

MetaTrader Tutorial - Installing MetaTrader 4 on PC - Config SRV file - Alpari, Admiral, Fibo and FXPro

Perbezaan antara MetaTrader 4 dan 5

MetaTrader 4 bukan versi ketinggalan zaman. MetaTrader 5 adalah hanya versi yang direka khas untuk pelanggan Amerika.

Perbezaan pertama antara mereka adalah bahawa perniagaan lindung nilai tidak boleh diletakkan pada MetaTrader 5, yang bermaksud anda tidak boleh menuat dan membeli pada masa yang sama. Jika anda menjual aset dan memutuskan untuk meletakkan satu urusniaga membeli, ia akan menutup urusniaga jualan terbuka anda. Jadi anda harus mengetahui bahawa anda boleh mempunyai beberapa urusniaga yang anda suka, tetapi mereka semua mesti berada dalam arahan yang sama, iaitu perlu samada semuanya urusniaga menjual atau semuanya urusniaga membeli.

Perbezaan kedua adalah bahawa dalam MetaTrader 4 setiap urusniaga anda ditunjukkan secara berasingan, manakala dalam MetaTrader 5, berdasarkan jumlah transaksi, semua urusniaga anda dipaparkan bersama-sama.

Menggunakan platform tunggal untuk akaun berbeza

Ada kemungkinan untuk menggunakan satu platform dan menyemak akaun anda walaupun mereka berada dengan broker yang berbeza. Anda boleh melakukan ini dalam dua cara berbeza.

MetaTrader Tutorial - MT4 and MT5 differences - Transaction Amount and Hedging Strategy - Multiple Trades

Cara pertama adalah dengan menggunakan fail SRV broker yang anda boleh menerima daripada peniaga-peniaga lain dan menyalinnya ke dalam folder Config dalam MetaTrader 4, kemudian tutup dan buka sekali perisian MetaTrader dan anda patut dapat menggunakannya.

Cara kedua adalah dengan membuka fail SRV tersebut melalui notepad dan mengambil IP fail server, kemudian anda masukkannya ke dalam IP server akaun baru.

Sekarang, seperti yang anda boleh lihat, apabila anda memuat turun satu fail anda boleh menggunakan samada MetaTrader 4 atau 5 atau, seperti yang anda boleh lihat, kami juga mempunyai aplikasi platform daripada broker-broker berbeza, seperti Alpari, Admiral, FIBO, FXpro dan IronFX.

Seperti yang anda boleh lihat kami sudah mempunyai MetaTrader 4 daripada FXpro dan ingin memasang satu lagi platform. Ingat bahawa memasang lebih daripada satu platform memerlukan lebih perhatian.

Selepas klik pada fail dan menjalankan program itu, klik ?Yes? dan tandakan perjanjian dan klik ?Yes?sekali lagi. Sekarang dalam bahagian ini, jika ia adalah set-up awal, hanya tekan ?Yes? dan platform itu akan dipasangkan pada peranti anda. Walaubagaimanapun untuk set-up platform kedua, hanya tukar nama di mana ia menyatakan ?installation folder? dan tekan ?Next? dan ia akan memuat turun dan memasang perisian pada komputer anda.

Menggunakan SRV

Sekarang untuk menggunakan fail SRV seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, anda harus pergi ke ?My computer?, ?windows?, ?program files? (ambil perhatian: untuk 32 bit windows ia dipanggil ?program files? dan untuk 64 bit windows ia dipanggil ?program files 86?), sekarang cari perisian anda, kemudian anda boleh mencari ?Config? dalam folder MetaTrader dan di sini anda boleh melihat terdapat beberapa fail server demo dan sebenar yang sebenarnya adalah fail SRV.

Seperti yang anda boleh lihat, tidak perlu untuk memuat turun platform yang berbeza daripada broker-broker berbeza. Seperti yang kami akan menunjukkan sekarang, hanya salin fail dan tampalkannya ke dalam MetaTrade kedua yang telah kami baru muat turun. Sekarang anda boleh menggunakan SRV dengan sepenuhnya. Contohnya, anda boleh memilih fail ICMB SRV dan memberikannya kepada kawan-kawan anda, apabila mereka mengikut procedur yang sama mereka melihat bahawa ICMB sememangnya akan sedia ada untuk mereka pada masa yang sama dengan menggunakan satu platform sahaja.

MetaTrader Tutorial - SRV files - Config Folders - MetaTrader 4 Windows and Charts - IP Address of MT4

Satu lagi cara adalah dengan klik pada pintasan dan masuk ke ?properties? kemudian pilih ?open file location?. Ini adalah satu lagi cara untuk melihat di mana fail anda telah dipasang. Anda harus tempatkan pintasan anda pada pemasangan pertama, contohnya, klik kanan pada pintasan anda dan pergi ke ?properties? seperti yang anda boleh lihat pintasan dikaitkan dengan MetaTrader baru. Jadi kita boleh padamkan ini atau taip alamat untuk MetaTrader asal dan klik ?Apply? atau ?OK?. Dan jika anda menyemak semula anda boleh lihat perubahan alamat kepada fail pelaksanaan MetaTrader pertama.

Untuk alamat server SRV, ini adalah apa yang anda mesti lakukan. Pergi ke lokasi fail dan jika anda klik kanan pada fail SRV dan buka fail dengan menggunakan perisian note, anda boleh melihat apabila ia dibuka, alamat server kelihatan. Ini adalah alamat server yang dinyatakan sebelum ini.Kemudian jalankan MetaTrader dan dalam bahagian log masuk tampalkan server di sini dan log masuk.

MetaTrader Tutorial - MT4 and SRV file with IP Server of Broker - Trading Platform Server Address

MetaTrader 5

Di sini kami ada MetaTrader 5 daripada Iron FX, dan kami ingin menunjukkan bagaimana ia berbeza daripada MetaTrader 4.

Dalam akaun demo ini, kami telah menetapkan perniagaan kami pada 0.1 dan sekarang klik pada ?Jual? dan ia didaftarkan.

Sekarang tukar nilai kami kepada 0.2 dan klik ?Jual? sekali lagi. Seperti yang anda boleh lihat, selepas jualan pertama terdapat satu garis yang menunjukkan perniagaan tersebut, sekarang selepas yang kedua selain daripada menunjukkan satu lagi garis, berdasarkan jumlah transaksi dan indeks harga, perisian tersebut mengira purata dan menunjukkan maklumat dalam satu garis. Jika kita melakukan satu lagi jualan dan kali ini pada 0.5 lot, ia kekal pada satu baris.

Jika anda melihat dengan teliti, pesanan dan spesifikasi mereka tidak berubah. Dalam MetaTrader 4 ini berbeza untuk setiap perniagaan, di mana setiap satu ditunjukkan pada satu baris. Dan ini adalah perbezaan utama antara mereka.

Sekarang jika anda ingin membeli 2 lot, ini bermakna bahawa perisian akan menutup semua pesanan jualan, seperti yang anda boleh lihat di sini.

MetaTrader Tutorial - MT5 Trade Order - Sell and Buy Lot Size - Hedging Policy

Dengan itu mengakhiri sesi kini, sehingga masa akan datang dan sesi lain, jaga diri.

Comments

Copyright © 2011-2020 PFOREX.COM | Professional Forex School | Cashback and Rebates