Modern and Electronic Payment Methods - PForex

Kaedah Pembayaran Moden dan Tradisional

0 0 Vote
Instructor

Kaedah Pembayaran Moden dan Tradisional

Sesi Kesebelas Latihan Forex

Selamat kembali ke latihan profesional Forex dalam pasaran kewangan.

Dalam sesi kali ini, kita akan melihat Kaedah-kaedah Pembayaran Moden dan Tradisional.

Wang Elektronik

Terdapat lebih daripada 50 jenis wang elektronik yang berbeza dari seluruh dunia, walaubagaimanapun, bilangan yang boleh dipercayai amatlah rendah.

Terdapat banyak contoh, ada yang mempunyai aset mereka dirampas oleh penguatkuasa undang-undang, seperti E-GOLD Company dan Liberty Reserved, yang mempunyai pengubahan wang haram tuntutan mahkamah yang terbesar dalam sejarah terhadap mereka sehingga $6 bilion dolar.

Akibatnya, anda mesti berhati-hati, dan pilih sistem yang boleh dipercayai. Di sini, kami akan memperkenalkan kepada anda beberapa jenis permindahan wang elektronik yang paling dikenali.

Yang boleh dipercayai dan selamat

Mungkin yang paling dikenali adalah PayPal, yang juga boleh dirujuk sebagai PP. Skrill adalah salah satu yang terbesar, simbolnya ditunjuk sebagai MB, ini adalah kerana mereka dahulunya dikenali sebagai Money Brokers. Dua lagi syarikat-syarikat besar ialah Neteller dan Web Money.

Modern and Electronic Payment Methods - PayPal, Moneybookers or Skrill, Neteller and Webmoney - Online Business

PayPal

Jadi PayPal, syarikat wang elektronik yang paling besar dan paling dikenali di dunia. Ia berdasar di Amerika dan telah dilesenkan oleh NFA. Anda boleh masuk ke laman web mereka dengan mudah dan memohon satu akaun dengan emel peribadi anda dan maklumat seperti nama dan alamat; anda juga akan memerlukan kad debit atau kad kredit atau kedua-duanya.

Mula-mula, akaun anda perlu disahkan dan untuk itu dilakukan kira-kira $1.5 akan dikeluarkan dan dideposit semula ke dalam akaun anda, dan akaun anda akan disahkan oleh kod 4-digit. Jika terdapat sebarang perniagaan yang tidak selamat atau ancaman dikesan dalam akaun anda, PayPal akan meminta maklumat peribadi secara lebih mendalam seperti dokumen atau identifikasi anda seperti pasport ataupun kad ID.

Skrill (Money Brokers)

Seterusnya adalah Skrill, (sebelum ini dikenali sebagai Money Brokers) yang berdasar di England dan adalah dikawalselia oleh FCA. Untuk membuka akaun dengan mereka anda mesti ke laman web mereka dengan alamat emel dan maklumat peribadi anda dan memohon satu akaun. Terdapat kaedah-kaedah berbeza untuk mengesahkan akaun anda, yang pertama adalah dengan menghantar kod ke poskod alamat anda, sebaik sahaja anda menerima kod ini, kembali ke laman web dan masukkannya untuk menlengkapkan pengesahan.

Modern and Electronic Payment Methods - Regulated by NFA of USA - Low Commission and High Security

Yang kedua adalah dengan menggunakan kad master ataupun kad kredit. Anda akan menerima kod 4-digit sama seperti sistem Paypal, bagaimanapun mereka juga mungkin meminta maklumat secara lebih mendalam seperti Pasport atau kad ID.

Mereka akan meminta anda mengeluarkan duit daripada akaun anda dan mendepositkan semula, daripada akaun bank anda ke akaun Skrill anda sebagai satu lagi cara pengesahan.

Ini adalah laman web Paypal. Berdasarkan negara asal anda laman web ini adalah berbeza. Mereka juga menunjukkan bendera negara anda dan anda harus tahu bahawa kaedah perbankan dengan PayPal adalah berbeza untuk setiap negara. Laman web seterusnya adalah Skrill. Jika anda melihat di bahagian bawah halaman ini anda akan dapat melihat lesen-lesen dan pengawalselia-pengawalselia untuk laman web ini.

Neteller

Seterusnya adalah Neteller, yang mana adalah sama dengan Skrill kerana ia berdasar di England. Ia dilesenkan oleh FCA dan FSC. Seperti Skrill dan PayPal anda boleh membuka akaun pada bila-bila masa menggunakan alamat emel dan maklumat peribadi anda.

Modern and Electronic Payment Methods - Electronic Money Company - Regulated by FCA - Safe

Web money

Web Money merupakan satu lagi sistem pembayaran atas talian yang terkenal dan berdasar di Russia. Untuk membuka satu akaun, anda mesti mengikut prosedur yang sama seperti PayPal dan Skrill, walaubagaimanapun disebabkan sekuritinya yang tinggi ia mungkin sukar sikit untuk bekerja dengan akaun ini. Untuk pengesahan akaun anda, tidak seperti syarikat-syarikat sebelum ini, anda mesti menghadiri secara fizikal ke cawangan-cawangan mereka dengan pasport atau kad ID anda dengan dokumentasi lain yang diperlukan.

Permindahan dalaman

Satu lagi cara di mana pihak-pihak boleh memindahkan wang adalah melalui pemindahan dalaman di antara akaun-akaun perniagaan brokerage tertentu. Sistem ini membolehkan anda memindahkan wang di antara peniaga-peniaga lain dalam brokerage tersebut. Walaubagaimanapun, adalah tidak mungkin bagi brokerage dilesenkan oleh FCA atau NFA.

Modern and Electronic Payment Methods - ID Card or Passport for Verification - FCA and FSC in England

Pemindahan atau pendawaian wang dilakukan dalam dua cara di antara pihak-pihak dengan brokerage biasa.

Dalam beberapa broker, seperti HotForex dan ICM Brokers, permindahan dalaman boleh dilakukan hanya antara pelanggan-pelanggan yang diperkenalkan oleh broker yang memperkenalkan (IB) tertentu.

Beberapa broker lain seperti Exness dan Forex4You, menyediakan perkhidmatan permindahan dalaman di mana pelanggan adalah bebas untuk membuat permindahan kepada pelanggan lain tanpa sebarang had.

Kelebihan wang elektronik

Sekarang kita akan melihat beberapa kelebihan wang elektronik berbanding dengan kaedah-kaedah tradisional.

Kita mesti, sememangnya, bermula dengan yang jelas, kelajuan yang unggul. Anda tidak lagi perlu membuang masa seperti yang anda biasa lakukan dengan Kad Master dan pemindahan wayar.

Apa-apa jumlah wang adalah mudah dipindahkan, dan ia lebih menjimatkan untuk jumlah yang lebih kecil, kerana tiada yuran pemindahan seperti jika anda memindahkannya melalui wayar.

Ia adalah mudah untuk berniaga berdasarkan matawang pilihan anda, misalnya anda boleh berada di mana-mana sahaja dalam dunia dan sistem ini masih membolehkan anda memilih mana-mana matawang lain seperti GBP atau USD.

Ini adalah amat berguna kerana sebelum ini anda perlu membayar yuran untuk menukar matawang tempatan anda kepada matawang utama sebelum anda membuat sebarang urusniaga.

Modern and Electronic Payment Methods - Electronic Money Advantages - Low Commission - Security

Dua faktor-faktor yang sangat penting adalah sekuriti akaun yang tinggi dan sekuriti pembayaran yang tinggi. Dengan wang elektronik, matlamatnya adalah untuk menjadi selamat sejauh yang boleh untuk mengelakkan apa-apa gangguan luar atau penggodaman.

Komisyen adalah sangat rendah dan ia adalah berdasarkan kepada jumlah yang anda memindahkan setiap kali.

Kerana semasa anda pertama kali berdaftar, syarikat tersebut mengambil rekod kesemua nombor-nombor kad dan maklumat anda maka tidak perlu memasukkannya setiap kali anda ingin membuat urusniaga, menjadikannya lebih mudah dan cepat untuk anda.

Mereka juga amat mudah untuk diikuti dan jika anda menghadapi masalah pada bila-bila masa ia adalah sangat mudah untuk mengikuti atau mengesan perniagaan atau pemindahan yang lalu.

Satu lagi kelebihan besar dan yang terakhir yang kita akan menyentuh pada hari ini adalah bahawa akaun-akaun ini adalah amat mudah untuk wayar wang ke dalam akaun bank anda. Ia adalah juga mudah untuk anda memindahkan wang dan aset-aset anda.

Kesemua ini adalah berita baik untuk orang ramai dan perniaga-peniaga yang ingin membuat perniagaan-perniagaan mereka atas talian, dan dengan wang elektronik mereka akan berhadapan dengan peluang yang hebat.

Dengan itu mengakhiri sesi ini, sehingga masa akan datang dan sesi lain, jaga diri.

Comments

Copyright © 2011-2020 PFOREX.COM | Professional Forex School | Cashback and Rebates