Option CP Options Fundamentals - Strike Price and Premium

Pilihan – Fundamental Pilihan Binari

0 0 Vote
Instructor

Pilihan – Fundamental Pilihan Binari

Sesi Enam puluh lapan Latihan Forex

Selamat kembali ke latihan profesional Forex dalam pasaran kewangan. Dalam sesi ini Pilihan ? Fundamental Pilihan Binari dan perbezaan antara mereka akan dikaji dengan teliti.

Pilihan, Pilihan Binari, Perbezaan Pilihan dan Pilihan Binari

Pilihan adalah kontrak yang ditakrifkan di antara peniaga dengan syarikat, yang menyediakan perkhidmatan urus niaga, di mana peniaga membeli aset pendasar secara sukarela, untuk membeli atau menjual aset tersebut pada harga tertentu ataupun selepas jumlah masa yang tertentu. Memandangkan bahawa tiada harga jual dan beli yang dipratetap untuk peniaga sehingga tarikh luput kontrak, tiada keuntungan yang pasti pada kontrak tersebut.

Jumlah keuntungan meningkat jika aset telah mencapai harga yang diingini sebelum tarikh luput dan trend berterusan arahnya. Kontrak itu ditakrifkan oleh terma-terma dan syarat-syarat yang ketat.

Option Binary Options Fundamentals - Bullish and Bearish Trend Directions -Purchase and Sell Order

Pilihan Call dan Put

Pilihan boleh dikategorikan kepada dua jenis: Call dan Put. Membeli pilihan Call mewakili peniaga menjangka harga aset meningkat sebelum masa yang ditetapkan. Sebaliknya, jika peniaga mengandaikan bahawa harga aset yang berkenaan akan menurun dalam tempoh masa tertentu, dia membeli pilihan Put pada aset tertentu.

Jika harga aset yang dibeli melintasi ?harga laksana? (harga yang dilaksanakan dalam kontrak) pada akhir tarikh luput, maka peniaga akan mendapat keuntungan, jika tidak, ?premium? yang dibayar oleh peniaga akan hilang.

Berbanding dengan perniagaan dalam pasaran Forex, membeli satu Call adalah seperti membeli, manakala membeli satu Put adalah seperti menjual.

Option Binary Options Fundamentals - Buyer and Seller of Call and Put Contracts - Premium Amount

Berkaitan dengan pasaran, terdapat empat jenis atendan berdasarkan kedudukan terlibat mereka:

  1. Pembeli Call
  2. Penjual Call
  3. Pembeli Put
  4. Penjual Put

Orang yang membeli Call/Put adalah dipanggil Pemegang dan mereka yang menjual Call/Put adalah dipanggil Penulis. Pembeli atau pemegang Call/Put tidak diwajibkan untuk membeli Call atau Put, walaubagaimanapun, penjual atau penulis Call/Put mesti menjual Call atau Put dan mesti membuat janji untuk membeli atau menjual.

Tidak seperti perniagaan dalam broker Forex, tiada leverage diwakili oleh pembekal Pilihan atau Pilihan Binari. Oleh itu, risiko kehilangan sebahagian besar wang anda dalam kontrak Pilihan adalah lebih rendah daripada perniagaan pada pasangan dalam pasaran Forex.

Pilihan Binari

Pilihan Binari adalah satu jenis Pilihan, yang mempunyai definisi yang sama, seperti premium, harga laksana dan tarikh luput. Perbezaan di antara Pilihan dan Pilihan Binari adalah premium kontrak yang dipilih oleh peniaga sebagai tambahan kepada tempoh masa tamat yang lebih pendek.

Option Binary Options Fundamentals - Contract Expiration and Expiry Date - Strike and Target Prices

Pelbagai Pembekal Pilihan Binari adalah diwakili melalui bahagian Pilihan Binari laman web kami. Ulasan yang mencukupi, termasuk peraturan mereka, kaedah pembayaran, sokongan bahasa di samping kelebihan mereka semuanya ada diterangkan untuk kemudahan anda.

Di sini adalah perbezaan di antara Pilihan dan Pilihan Binari:

Masa Luput

Pilihan Binari boleh memberi tempoh kontrak jangka pendek, seperti tempoh tamat satu jam. Peniaga boleh membuat keuntungan segera dengan lebih jangka masa yang ada dan pilihan pelaburan yang lebih fleksibel. Manakala masa luput Pilihan boleh menjadi mingguan, bulanan ataupun lebih panjang, tempoh masa tamat Pilihan Binari boleh kurang daripada satu minit ke beberapa hari. Contohnya, 24Option adalah salah satu pembekal Pilihan Binari yang paling terkenal, mewakili kontrak dengan tempoh masa tamat kurang daripada 1 minit. Ini berfaedah dan baik untuk peniaga dengan cara perniagaan yang cepat.

Option Binary Options Fundamentals - Expiration Time - 24Options Websites - Open Real Accounts

Pembayaran

Pembekal Pilihan Binari membayar pada peratusan premium yang dipilih oleh peniaga jika semua syarat-syarat kontrak dipenuhi, harga aset berdiri pada atau melintasi harga sasaran pada masa luput. Ini menunjukkan bahawa peniaga mencapai jumlah keuntungan tetap walaupun harga jauh melepasi harga sasaran.

Penamatan Kontrak

Tidak seperti perniagaan Pilihan, dalam Pilihan Binari, seoang peniaga mesti berpegang dengan kontrak sehingga tamat tempoh masa, oleh itu Pilihan Binari memerlukan pertimbangan teliti. Beberapa pembekal Pilihan Binari membolehkan peniaga mereka untuk melanjutkan masa luput, pilihan untuk memanjangkan; juga, yang lain membenarkan peniaga-peniaga mereka untuk menutup kedudukan menang sebelum tamat tempoh masa untuk mengurangkan keuntungan yang terjamin.

Sekarang, mari kita menyemak contoh-contoh bagaimana Pilihan dan Pilihan Binari berfungsi.

Option Binary Options Fundamentals - Contract Termination and Extend Roll Over Option after Expiry Time

Pengiraan keuntungan dan kerugian Pilihan

Pada 21 Febuari, harga stok sebuah syarikat adalah $115 dan premium adalah $8 untuk 11 April dengan harga laksana sebanyak $124. Ini menunjukkan bahawa tarikh luput adalah 11 April dan jumlah harga kontrak adalah $2*100=$200 (ingat bahawa kontrak pilihan saham adalah untuk membeli 100 saham). Harga laksana $124 menunjukkan bahawa jika harga saham adalah kurang daripada $124, pilihan Call anda adalah tidak bernilai. Memandangkan premium yang anda bayar, $200, anda sudah kehilangan $200. Sehingga 2 April, harga saham mencapai $128.54. Keuntungan anda dikira dengan cara ini:

$128.54 -$124 = $4.54

$4.54 * 100 = $454

Option Binary Options Fundamentals - Payout Percentages and Formula for Profit and Loss Calculations

$454 - $200 = $254

Ini menunjukkan bahawa sehingga 2 April, keuntungan anda adalah $254. Pada 11 April, harga saham sebuah syarikat menurun sehingga $109.99, dan kontrak luput pada akhir 11 April. Akhirnya, keuntungan yang dibuat sebelum 2 April telah hilang, dan anda kehilangan premium yang anda bayar untuk kontrak ini, $200.

Pengiraan keuntungan dan kerugian Pilihan Binari

Prosedur pengiraan keuntungan dalam Pilihan Binari agak berbeza. Contohnya, anda ingin berniaga atas sepasang, USDCHF, yang mempunyai kadar 0.9644. Anda meramalkan bahawa kadar akan meningkat sehingga minggu depan. Dengan memeriksa platform pembekal Pilihan Binari dan anda melihat bahawa Pembayaran pada kontrak 1 hari untuk membeli Call atas pasangan ini dengan harga laksana semasa, 0.9644, adalah 85%. Memilih premium sebanyak $200, dan kontrak pada pasangan ini dengan jumlah Premium tertentu, masa tamat tempoh dan harga sasaran adalah dilengkapkan. Jika harga pada masa luput (1 hari) meningkat melebihi harga laksana, anda akan mendapat keuntungan, $200 * 85% = $170, sebagai tambahan kepada Premium yang telah anda bayar, $200. Sebaliknya, jika harga jatuh di bawah 0.9644, harga laksana, kerugian anda akan terhad kepada Premium.

Option Binary Options Fundamentals - Payout Percentages - Contract Types and their Specifications

Penuh vs Keuntungan Kosong

Pada akhir kontrak yang anda uruskan, bahagian komisyen menunjukkan pendapatan anda.

Keuntungan

Jika trend pasaran dan pergerakan harga memenuhi syarat kontrak yang anda meramalkan, anda mencapai keuntungan yang diuruskan dengan pembekal di samping mendapatkan semula Premium yang ditolak daripada dana akaun anda.

Kerugian

Satu jumlah kosong menunjukkan bahawa anda telah kehilangan urus janji dan Premium, yang telah ditolak daripada dana akaun anda, diambil sebagai pampasan untuk kerugian anda.

Dengan itu mengakhiri sesi kini, sehingga masa akan datang dan sesi lain, jaga diri.

Comments

Copyright © 2011-2020 PFOREX.COM | Professional Forex School | Cashback and Rebates