Triple Top and Triple Bottom patterns - Take Profit Stop Loss

Corak Triple Top dan Triple Bottom

0 0 Vote
Instructor

Corak Triple Top dan Triple Bottom

Sesi Tiga puluh dua Latihan Forex

Selamat kembali ke latihan profesional Forex dalam pasaran kewangan. Corak-corak Triple Top dan Triple Bottom akan dikaji dalam sesi ini.

Corak Triple Top

Pada arah aliran menaik, satu corak Triple Top adalah dibentuk daripada tiga puncak berturut-turut dengan pelbagai ketinggian dan kelebaran yang menunjukkan satu arah bertentangan. Neckline atau garisan pengesahan adalah satu garisan tahap pada lembah yang paling bawah. Apabila harga pasaran melepasi Neckline, titik pelarian akan dibentuk. Jika setiap lembah melepasi tahap 38.2% corak Fibonacci, yang dilukis pada aliran menaik, corak Triple Top yang diberi tidak bersah lagi. H adalah satu garisan menegak antara titik puncak tertinggi dan Neckline. TP akan menjadi H pip jauh dari titik pelarian, manakala SL akan berada di atas titik puncak gelombang yang paling tinggi.

Triple Top and Triple Bottom patterns - Three Peaks and Two Valleys-Speculated Downward Trend Bearish

Corak Triple Bottom

Pada trend menurun, satu corak Triple Bottom adalah dibentuk oleh tiga lembah berturut-turut dengan ketinggian dan kelebaran yang berbeza atau yang sama. Neckline atau garisan pengesahan adalah satu garisan tahap pada titik puncak yang tertinggi yang menunjukkan titik pelarian. Jika titik puncak melepasi tahap 38.2% pada corak Fibonacci, yang dilukis pada titik permulaan trend ke lembah yang paling bawah, corak Triple Bottom tidak akan dipercayai. H adalah jarak menegak antara bahagian bawah lembah yang terpanjang dan Neckline. Harga TP adalah H pip jauh dari titik pelarian, manakala harga SL adalah lebih rendah daripada lembah yang paling bawah.

Triple Top and Triple Bottom patterns - Neckline Slope and Height of Take Profit and Stop Loss Price

Beberapa contoh berguna akan dikaji pada MT4. Satu trend menurun, diikuti oleh gelombang triple yang membentuk satu corak Triple Bottom. Terdapat 3 lembah berturut-turut dengan ketinggian yang berbeza di mana Neckline boleh dilukis pada puncak yang paling tinggi dan satu tahap yang berguna boleh diletakkan pada lembah yang paling bawah. Corak Fibonacci menunjukkan bahawa titik puncak tidak melalui tahap 38.2%, maka ini adalah satu corak Triple Bottom yang sah. Titik H dan H/2 boleh dikenal pasti oleh corak Fibonacci.

Triple Top and Triple Bottom patterns - Three Valleys and Two Peaks-Speculated Upward Trend Bullish

Satu lagi Triple Top pada trend menurun boleh dilukis, di mana Neckline diletakkan di atas titik puncak tertinggi. Seorang peniaga boleh membuat pesanan Beli pada titik pelarian. Corak Fibonacci menunjukkan bahawa corak ini boleh dipercayai, juga H/2 dan H pip atas titik pelarian telah dicapai selepas beberapa fluktuasi. Harga telah menurun sehingga 50% Fibonacci, walaubagaimanapun, harga TP telah dipenuhi oleh harga pasaran. Satu lagi Triple Bottom yang boleh dilukis dengan mudah dengan menggunakan Trendline. Satu Triple Top pada aliran menaik yang terdiri daripada tiga puncak berturut-turut. Selepas titik pelarian telah dilintas, TP pada H dan H/2 telah dilalui oleh harga pasaran.

Triple Top and Triple Bottom patterns - Forex Market Price Chart - MetaTrader MT4

Satu corak Triple Top pada trend yang luas, dengan 3 ketinggian puncak yang berbeza. Selepas harga telah bertemu dengan titik pelarian, ia mencapai harga TP.

Corak-corak Triple Top dan Triple Bottom adalah jarang dibentuk, dengan kesan yang kuat pada arah trend yang boleh digunakan bersama corak candlestick yang khas dan strategi R ( strategi R akan diterangkan dalam sesi 67).

Dengan itu mengakhiri sesi kini, sehingga masa akan datang dan sesi lain, jaga diri.

Comments

Copyright © 2011-2020 PFOREX.COM | Professional Forex School | Cashback and Rebates